Resepi kuih peneram, lembut di dalam tapi crunchy di luar

Resepi kuih peneram, lembut di dalam tapi crunchy di luar

 

Kalau pergi ke pasar malam, kuih peneram ini daripada jauh lagi boleh hidu, rasa dia yang lembut kat dalam tapi crunchy kat luar mesti sedap buat kudapan.

Tapi bila beli mestilah sikit sebab harga barang dah naik kan? jJadi boleh cuba resipi ini, nak makan banyak mana pun boleh.

Pengguna Facebook, Khairunnisa Mohammad tampil berkongsi resipi Kuih Peneram yang dibuatnya dan dibawah adalah perkongsian tersebut.

Hari ni resepi Kuih Peneram pulak. First time buat. Sebab jadi, I share. Kalau tak jadi tadi, diam-diam jelah.

Resepi Kuih Peneram

Bahan-bahan:

  • 250g tepung beras cap gajah 3
  • 90g gula merah
  • 80ml air
  • 80ml santan pekat (ikut resepi Dapur Ibunda kat YouTube. Otai2 jangan kecam, jangan marah, kami ikut saja resepi beliau😂)

Cara-cara:

  1. Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.
  2. Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.
  3. Perap adunan minimum 5/6 jam. I perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
  4. Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (I buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi )
  5. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
  6. Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau slow pun takpa. Sekali goreng dapat 2/3 biji je macam I.
  7. Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.
  8. Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resepi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan.

So ikutlah masing-masing ye. Boleh cuba rujuk resepi Che Nom. Dia ada buat dua versi. Bersantan dan tidak bersantan. I tak reti bab sukatan air tu kalau korang tanya.

Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. I suka. Tapi ada orang suka kuih ni manis.