Resepi tempoyak tahan lama & tak berkulat
Kalau anda nak buat tempoyak, apa kata cuba cara orang zaman dulu buat yang tidak perlu simpan di dalam peti sejuk pun.
Panduan resepi tempoyak cara orang lama ini telah dikongsikan oleh saudara Awan Putih.
Menurutnya, ini merupakan tempoyak yang mempunyai rasa sebenarnya iaitu masam.
Bahkan, cara penyimpanan juga terpulang pada anda, sama ada ingin simpan tempoyak di dalam peti sejuk atau tidak.
Hal ini kerana, kualiti tempoyak tetap tahan lama dan tidak berkulat!
Resepi tempoyak tahan lama & tak berkulat
Saya nak kongsi cara buat tempoyak supaya tak berkulatdan tahan lama. Sebenarnya tempoyak ini masam tapi ada orang dia lebih suka dengan rasa durian bukan masam kan.
Kalau yang suka dengan rasa durian wangi lemak tak nak masam, asingkan isi dan biji masukkan dalam bekas. Kemudian, terus masukkan dalam peti sejuk ya.
Bagi makan harian masukkan dalam bekas asing dan untuk simpanan masukkan bekas lain letak tempat beku. Di bawah ini cara buat tempoyak yang betul-betul tempoyak ya, yang rasa masam dan boleh tahan bertahun.
Cara-cara penyediaan tempoyak
Durian boleh pakai yang orang jual murah-murah, maksudnya buah yang pecah-pecah dan isinya nampak tak cantik. Kalau korang nak pakai durian musang king pun ikut suka lah.
Maksud tak elok itu bukan kata berulat atau dah bekulat tapi yang rasanya dah tak sedap dimakan begitu saja.
- Asingkan biji dari isi durian.
- Masukan isi durian di dalam penapis.
- Kemudian, saya toskan 2 malam dekat luar peti sejuk, nampak tak ada kulat kan (gambar di atas).
- Setelah itu, masukan garam dan gaul rata-rata. Jangan letak garam sampai masin, agak-agak sesedap rasa saja.
- Akhir sekali, tempoyak dah boleh letak dalam balang hingga penuh pun tak apa sebab bila tos dekat luar, gas-gas durian dah tak ada. Dia dah kembang siap dah.
- Sebelum tutup balang atas, tabur sedikit gula.
- Tempoyak nak simpan dalam peti sejuk boleh atau dekat luar pun boleh.
Saya suka letak balang kecik-kecil macam ini, jadi tak usik yg lain. Ini resipi tempoyak masam tau bukan tempoyak yang korang nak rasa lemak wangi durian.