Restoran tawarkan ‘pakej’ menarik, makan dulu, lepas meninggal baru bayar

Restoran tawarkan ‘pakej’ menarik, makan dulu, lepas meninggal baru bayar

 

Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai membuat pembayaran selepas selesai makan namun lain pula kes di restoran pizza di New Zealand.

Menurut Newshub, sebuah syarikat piza di New Zealand telah memperkenalkan satu skim pembayaran unik.

Skim ini dinamakan sebagai ‘AfterLife Pay’ yang membolehkan pelanggan makan dahulu dan membuat pembayaran selepas meninggal dunia.

Kempen ‘AfterLife Pay’ itu telah diperkenalkan oleh Ketua Eksekutif francais Hell Pizza, Benn Cumming.

Menurut Cumming, kempen itu adalah bertujuan untuk mempromosikan tanggungjawab kewangan bagi menentang skim beli sekarang, bayar kemudian.

Kempen yang diumumkan oleh Hell Pizza pada Khamis lalu telah menjemput pelanggan terpilih untuk menandatangani pindaan harta dalam wasiat mereka.

Ia bagi membolehkan bayaran piza mereka dikutip selepas pelanggan tersebut meninggal dunia.

Kempen itu juga tiada faedah atau yuran yang dikenakan, malah perjanjian itu sah disisi undang-undang.

Tambanya, Hell Pizza telah didekati oleh beberapa syarikat berbeza yang menawarkan skim itu.

Namun Cumming menolak tawaran tersebut dan berkata bahawa ia tidak sesuai dengan perniagaannya.

“Ia seperti meminta orang ramai untuk membayar apa yang dipanggil sebagai jamuan dengan pembelian secara impulsif walaupun tahu pelanggan tidak semestinya mampu,” kata Cumming.

Tambahnya, berhutang dalam cara yang betul adalah sesuatu perkara yang normal dalam menjalani kehidupan.

Ia kini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dalam memahami cara pengurusan kewangan.

“Industri ini tidak dikawal pada masa ini, jadi tidak ada penilaian kemampuan yang dijalankan dan mendapat kelulusan untuk salah satu daripada skim tersebut.

“Skim itu sepatutnya menjadi lebih mudah berbanding dengan kad kredit. Ia boleh membawa kepada bayaran lewat dan dikenakan penalti.

“Seterusnya akan meletakkan orang ramai ke dalam lingkaran hutang selepas mereka tidak dapat membayar balik tepat pada masanya,” tambahnya.