Rezeki jaga anak cikgu, pengasuh terima bonus, ibu asuhan ini syukur dapat majikan baik, selalu hulur lebih

Rezeki jaga anak cikgu, pengasuh terima bonus, ibu asuhan ini syukur dapat majikan baik, selalu hulur lebih

 

Imbuhan atau bonus pekerja merupakan faedah tambahan bagi mereka yang bekerja dalam sektor awam mahupun swasta.

Bagaimanapun baru-baru ini, seorang wanita yang bekerja sendiri berkongsi pengalaman mendapat bonus atas khidmat baktinya sebagai pengasuh.

“Terasa sangat-sangat dihargai, hari ini (24 Februari) (kakitangan) kerajaan dapat bonus. saya jaga anak-anak cikgu, kalau ikutkan bulan ni tak sampai 10 hari jaga anak mereka.

Tangkap layar mesejnya bersama ibu anak asuhan yang memberikan bonus.

“Tapi rezeki saya dapat parents yang sangat baik, mereka (dapat) bonus… saya pun terima bonus,” kongsinya di laman Fb Pengasuh Seluruh Malaysia.

pemilik akaun Eika Suhaimi atau nama sebenarnya Khadijah Kamaruzaman meng4kui dia sering menerima bonus daripada ibu bapa anak asuhannya.

Menurutnya, bonus yang diterima itu adalah daripada ibu kepada anak asuhan berusia setahun 11 bulan.

“Ibunya selalu bagi saya upah lebih, kadang-kadang saya sendiri terkejut dengan jumlah yang agak besar.

“Saya bersyukur sangat dengan penghargaan yang diberikan… dia adalah guru manakala suami kerja swasta,” katanya yang menjaga kanak-kanak tersebut sejak usia lapan bulan.

Dia yang berasal dari Gopeng, Perak berkata, anak-anaknya turut mendapat layanan istimewa termasuk dibelikan kek sempena hari lahir.

Anak asuhan tu banyak ajar saya tentang ikhlas… sampai sekarang parents dia tetap baik dengan saya.

“Sebenarnya saya selalu dapat ekstra tips daripada semua ibu bapa kepada anak asuhan ni, saya tak pernah minta tapi saya dilayan sangat baik.

“Hari lahir saya mereka belikan kek, hari lahir anak-anak saya pun diraikan. Baru-baru ni kerajaan bagi bonus, saya pun terima bonus,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 30-an ini juga sering menerima saguhati dan bayaran tambahan sejak tahun lalu.

Malah katanya, amalan tersebut membuatkan dia berasa segan kerana sering diberi layanan baik oleh keluarga anak asuhan.

Menurut Khadijah, tugasan mengasuh bermula selepas salah seorang rakan berkongsi pengalaman tentang cara jagaannya.

Pernah menjaga lebih 20 kanak-kanak sepanjang tempoh sembilan tahun menjadi pengasuh, ujarnya pengalaman menjaga penghidap kanser paling tidak dapat dilupai.

“Selama mengasuh ni paling saya tak boleh nak lupakan ialah mengasuh anak asuhan yang mengidap k4nser.

“Anak tu pergi menghadap Ilahi kalau tak silap masa umurnya tiga tahun.

“Anak tu banyak ajar saya tentang ikhlas dan sampai sekarang parents dia tetap baik dengan saya, selalu datang ziarah bawa adik kepada arwh,” imbasnya tentang kenangan pada tahun 2020.

Menurut Khadijah, dia sudah mengetahui kondisi arwh sejak awal namun tetap mengambil upah untuk menjaganya disebabkan sikap kedua-dua orang tuanya yang berbudi bahasa.

“Sebab saya rasa kasihan sangat dan ibu ayahnya orang baik-baik serta beradab.

“Saya jaga daripada umur dua tahun… sebelum tu duduk dengan pengasuh lama. Rezeki saya setahun je dapat jaga arwh,” tambahnya.