Riang bermain persis kanak-kanak, netizen dakwa Ira Kazar tidak hamil

Riang bermain persis kanak-kanak, netizen dakwa Ira Kazar tidak hamil

 

Nama anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sering menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi setelah pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengesahkan mereka sudah berkahwin di Thailand.

Tidak berapa lama kemudian, timbul spekulasi mengatakan pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga madu kepada aktres, Puteri Sarah Liyana sedang berbadan dua.

Seronok luangkan masa bersama keluarga

Terbaharu, Ira berkongsi aktiviti meluangkan masa bersama ahli keluarganya di ‘indoor playground’ menerusi laman Insta Story miliknya semalam.

Ira kelihatan gembira bermain bersama adik-beradiknya di situ, namun tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof.

Mana ada mengandung!

Apa yang menariknya, perkongsian itu dimuat naik semula di laman TikTok orang netizen sehingga meraih pelbagai reaksi dengan mengatakan wanita berusia 28 tahun itu tidak hamil seperti mana dakwaan segelintir pihak.

Mereka mengatakan sekiranya Ira benar-benar hamil, dia tidak akan sesekali melakukan aktiviti lasak sehingga boleh mendatangkan kesan terhadap kandungan yang masih mentah.

Prank 1 Malaysia ke?

Tidak kurang juga ada yang mengatakan spekulasi ‘mengandung’ itu adalah tipu semata-mata .

Kalau mengandung tak main benda alah tu..

Selain itu, netizen mempertikaikan Ira Kazar bermain mainan tersebut memandangkan dia kini ‘sedang hamil’ keran boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.

Sekadar info, Syamsul telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan khabar tersebut didedahkannya kepada umum pada 5 Januari lalu.