Ribut petir dan hujan lebat melanda Makkah, kilat sambung menyambung menyambar menara jam

Ribut petir dan hujan lebat melanda Makkah, kilat sambung menyambung menyambar menara jam

 

Ribut petir dan hujan lebat melanda Makkah dengan kawasan sekitar Masjidil Haram antara yang terjejas.

Ribut yang datang secara tiba-tiba ketika ribuan jemaah sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib menyebabkan penghadang di pekarangan Masjidil Haram diterbangkan angin serta keadaan bertukar menjadi panik.

Menurut penduduk ribut petir itu disifatkan antara yang terburuk selepas kejadian ribut yang menyebabkan berlakunya tragedi kren tumbang pada tahun 2015.

Jelasnya kejadian berlaku 10 minit sebelum masuknya waktu Maghrib, memaksa jemaah yang sedang menunaikan umrah dan solat di kawasan sekitar Masjidil Haram lari bertempiaran mencari perlindungan.

Dalam pada itu senario yang jarang berlaku itu turut memperlihatkan kilat menyambar menara jam Abraj Al-Bait yang dikenali sebagai Menara Jam Mekah.

Fenomena itu dirakam orang ramai dan tular di media sosial.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan, hujan ribut berkenaan sebagai rahmat untuk Makkah kerana suhu di seluruh wilayah di Arab Saudi semakin meningkat.

@hcytr

#مكةالمكرمة #الحرم_مكة_المكرمة #امطارمكةالمكرمة #زمزم #makkah🕋 #kaba #saudi_arabia #andonesia #malesia #phillippines #egpt #muslem #muslem❤🕋🤲 #yemen🇾🇪 #azarbaycan #hindistanturkiye #magrib #yagmur #simsek #turkiye_tiktok

♬ اذان-1 – علي احمد الملا