Rider hilang sejak Isnin lalu dilaporkan sudah pulang ke rumah

Rider hilang sejak Isnin lalu dilaporkan sudah pulang ke rumah

 

Selepas kehilangannya selama lima hari ditularkan, penghantar makanan yang dikenali sebagai Muhammad Faisal Azlan dilaporkan sudah pulang ke rumahnya pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh isteri Muhammad Faisal.

Bagaimanapun, Ashari tidak dapat berkongsi maklumat lanjut kepada pihak media berhubung kejadian ‘kehilangan‘ lelaki berkenaan.

“Saya telah dimaklumkan oleh isteri Muhammad Faisal sendiri bahawa suaminya telah pulang ke rumah pagi tadi. Setakat ini, hanya itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan kepada semua,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna laman Twitter @dannyslov3r turut berkongsi perkembangan mengenai perkara tersebut selepas menghantar pesanan WhatsApp ke salah satu nombor yang ditularkan isteri lelaki terbabit.

Dia dah balik rumah!

Semalam, seorang wanita menggunakan akaun Facebook bernama Nur MaIrah meminta orang ramai mengesan suaminya yang tidak pulang ke rumah mereka di Taman Melati, Kuala Lumpur sejak Isnin lalu.

Nur MaIrah dalam sebuah posting memaklumkan, suaminya kali terakhir dilihat memakai pakaian Foodpanda selain sudah membuat laporan polis bagi mengesan lelaki berkenaan.

Telefon bimbit tak ‘hidup’