Rider ini dipuji cipta cup holder elak minuman customer tumpah

Rider ini dipuji cipta cup holder elak minuman customer tumpah

 

Ramai puji rider ini cipta cup holder sendiri elak minuman pelanggan tumpah. Iyalah, mereka perlu meredah hujan dan panas untuk memastikan pelanggan mendapat makanan yang dipesan pada masa ditetapkan.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan makanan yang dibawa tidak tumpah semasa di atas jalan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang rider menginovasikan caranya menghantar minuman telah mencuri tumpuan.

Beli cawan dan ikatkan dalam beg delivery

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang rider Grab menunjukkan beg deliverynya di akaun TikTok.

Apa yang lebih mengagumkan adalah apabila dia dilihat membeli cawan dan mengikat kesemua cawan itu di dalam begnya. Tujuan rider itu berbuat sedemikian adalah kerana untuk mengelakkan minuman customer daripada tertumpah.

Ramai yang memuji rider itu kerana kebanyakan pelanggan pernah mengalami air tumpah apabila rider telah sampai ke rumah mereka.

@emmygrab2022

#CapCut

♬ bunyi asal – Aku Seorang Rider – Aku Seorang Rider

“Baru betul kerja guna otak. Semoga dilimpahkan rezeki bahagia selalu bang dan sentiasa bersemangat.” – Netizen

Image from @emmygrab2022 (TikTok)

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 662K tontonan, 43K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kreativiti rider itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @emmygrab2022 (TikTok)