“Rindunya, sampaikan pada mereka ya Allah” – Farid Kamil luah rindu anak-anak

“Rindunya, sampaikan pada mereka ya Allah” – Farid Kamil luah rindu anak-anak

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil meluahkan rasa rindu yang bersarang di hati setelah dihalang daripada memasuki rumahnya sejak awal Mac lalu sehingga tidak dapat bertemu dengan dua orang anaknya.

Rindunya pada mereka..

Pemilik nama Farid Kamil Zahari menyatakan isi hatinya menerusi hantaran sebuah video pendek dikongsinya menerusi laman Instagram, semalam.

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa detik manis bersama anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora termasuk isterinya, Diana Danielle sewaktu mereka menunaikan ibadah umrah, baru-baru ini.

“Rindunya pada mereka Ya Allah.
“Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu,”luahnya.

Semuanya akan baik-baik

Dalam hantaran berikutnya, pelakon filem Anwar: The Untold Story berharap agar semuanya akan baik-baik sahaja dan berserah kepada ketentuan Allah SWT.

“Alhamdulillah, semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah.
“Ingatlah! Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguh janji Allah itu pasti tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,”tulisnya.

 

Terdahulu,Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson menjalani prosiding permohonan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Difahamkan, dia memfailkan permohonan terbabit pada 10 Mac lalu atas alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Hakim kemudian menetapkan 28 Mac ini bagi membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut.

 

 

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan Muhammad, 9, dan Nur Aurora yang kini berusia enam tahun.