Risau beli lemang di tepi jalan? Ini 9 tips bagaimana membeli lemang dengan betul

Risau beli lemang di tepi jalan? Ini 9 tips bagaimana membeli lemang dengan betul

Lemang, makanan tradisi rakyat Malaysia paling popular tatkala berdepan sambutan raya, samada raya Aidilfitri mahupun raya Aidiladha.

Apalah ertinya raya jika tiada lemang. Penyediaan lemang juga tidak lagi terhad kepada hari-hari perayaan sahaja, malah ramai juga yang menjualnya tidak kira masa dan hari.

Namun, seringkali pembeli berdepan dengan trauma akibat lemang yang dibeli itu rosak dan tidak boleh dimakan.

Memetik perkongsian laman FB Rasa, pembaca dikongsikan dengan 9 tips bagi buat pembeli yang cuba mengelakkan kekeceaaan mendapat lemang yang tidak seperti diingini.

Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil

Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak

Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya

Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab

Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual.

Kredit: Maskulin

#majalahrasa #rasashare #tiplemamg #belilemang