Risau haus di tengah malam, wanita pasang botol air hamster tepi katil
Siapa di sini pernah berasa haus pada tengah malam? Nak bangun pergi ke dapur rasa penat, tapi jika sambung tidur rasa haus pula.
Jadi sebagai jalan penyelesaian, ramai yang meletakkan botol air di tepi katil untuk diminum pada malam hari.
Namun lain pula kisahnya buat seorang wanita yang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan rasa haus pada tengah malam.
Guna botol air hamster
Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita ini, dia berkata tidak mahu mengikut cara kebanyakan orang yang akan bangun pada tengah malam untuk menghilangkan rasa haus.
Sebaliknya, wanita ini memilih untuk meletakkan botol air hamster pada dinding, dan menghisapnya seperti haiwan itu jika memerlukan.
Video tersebut turut memaparkan proses pemasangan botol tersebut dan demonstrasi dia dia menghisap botol dari katil.
Menurut wanita ini, cara ini adalah lebih pantas dan efisyen untuk menghilangkan rasa haus pada tengah malam.
Reaksi warganet
Video ini ternyata mendapat perhatian ramai warganet, yang rata-ratanya mempunyai reaksi pelbagai tentang inovasi wanita ini.
Menurut seorang warganet, wanita ini hanya menyusahkan diri dan sepatutnya meletakkan botol air di sisi katil seperti manusia normal.
Menurut seorang individu lain pula, cara wanita ini kelihatan menarik namun ia boleh mengundang bahaya kerana keadaan bilik yang gelap boleh membuatkan mata tercucuk kepada bucu botol tersebut.
“Nampak menarik, tapi bahaya juga kalau tercucuk mata”, tulis seorang wanita.
Apa pendapat anda tentang inovasi ini?