Risau siling pejabat runtuh timpa kepala, penjawat awam terpaksa pakai topi keledar ketika bekerja

Risau siling pejabat runtuh timpa kepala, penjawat awam terpaksa pakai topi keledar ketika bekerja

Beberapa orang penjawat awam di India baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet seluruh dunia apabila mereka memakai topi keledar ketika sedang bekerja di pejabat.

Memetik laporan Oddity Central, tindakan itu dilakukan kerana mereka risau bumbung pejabat yang mereka duduk itu runtuh.

2

Difahamkan, penjawat-penjawat awam itu bekerja di sebuah bangunan yang agak usang keadaannya di pejabat Pegawai Pembangunan di daerah Jagtial,Telangana, India di mana mereka ditugaskan untuk mewujudkan pembangunan untuk penduduk di daerah tersebut.

Video mereka bekerja sambil memakai topi keledar telah tular di media sosial.

Topi Keledar

Walau bagaimanapun, media tempatan di sana melaporkan bahawa staf pejabat itu telah pun mendesak pihak kerajaan untuk memindahkan pejabat mereka ke bangunan yang lebih selamat.

Ini berikutan kejadian seorang staf yang hampir dihempap oleh simen bangunan tersebut yang runtuh tak lama dulu, namun nasib baik staf terbabit selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Difahamkan juga, bumbung pejabat itu telah mula bocor sejak tahun lepas lagi dan kini telah berada dalam keadaan usang.

Nampaknya tak sia-sia video mereka memakai helmet itu tular keranan pihak kerajaan kemudiannya mengumumkan bahawa staf-staf di pejabat pembangunan itu akan dipindahkan ke bangunan lain tak lama lagi.