Roadtax Digital: Perkara yang anda perlu buat kalau tak nak kena saman

Roadtax Digital: Perkara yang anda perlu buat kalau tak nak kena saman

 

Semalam, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke telah mengumumkan bahawa pelekat lesen kenderaan motor atau cukai jalan (road tax) tidak lagi wajib ditampal pada cermin depan kenderaan anda.

Ini kerana lesen kenderaan motor dan lesen memandu telah didigitalkan, jadi pemilik kenderaan dan pemandu boleh memuat turun aplikasi MyJPJ dan menggunakan mod paparan digital untuk cukai jalan dan lesen memandu masing-masing menerusi aplikasi tersebut.

Pengumuman tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Walaupun ramai yang bersetuju dan gembira dengan penggunaan cukai jalan dan lesen memandu secara digital, namun ada juga netizen yang kurang bersetuju kerana mereka bimbang penggunaan cukai jalan digital akan menyebabkan kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya.

Jangan risau, Menteri Pengangkutan telah tampil menjawab persoalan netizen yang bimbang mereka akan disaman jika tidak memuat turun aplikasi MyJPJ dan gagal menunjukkan cukai jalan digital sekiranya diminta oleh polis di roadblock.

Menurut Anthony Loke menerusi Facebook rasminya, penggunaan aplikasi tersebut adalah tidak wajib dan ia merupakan salah satu pilihan untuk mendapatkan salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

Anda juga tidak akan disaman jika tidak mempunyai aplikasi itu di dalam telefon bimbit kerana pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

Warga emas yang tidak mempunyai telefon pintar atau kawasan yang tiada internet pula masih boleh dapatkan pelekat cukai jalan dan lesen fizikal dari JPJ jika perlu.

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan,” jelas Menteri Pengangkutan dalam satu kenyataan di Facebook.

Anda boleh baca kenyataan penuh beliau di sini.

Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat “road tax” tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan,…

Jadi, jangan risau, anda boleh pilih sama ada nak guna secara digital atau secara fizikal mengikut keperluan.