Ronaldo terima ‘bonus raya’ selepas jaringkan hatrik menentang Norwich

Ronaldo terima ‘bonus raya’ selepas jaringkan hatrik menentang Norwich

Hatrik Cristiano Ronaldo ketika menentang Norwich City semalam bukan sahaja berjaya membantu memenangkan Manchester United, malah turut menyaksikannya menerima bayaran wang yang sangat lumayan.

Pemain berusia 37 tahun itu menjaringkan semua gol pasukannya dalam kemenangan 3-2 ke atas Canaries, menyelamatkan Red Devils daripada kekalahan di tempat sendiri menentang pasukan tercorot liga.

Memetik laporan The Sun, bekas pemain Real Madrid itu mencapai dua daripada bonus gol yang ditulis dalam kontrak yang ditandatanganinya ketika dia kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu.

Tiga jaringannya ketika menentang Norwich membawanya kepada 21 gol untuk musim ini, yang dilaporkan memperoleh RM4.15 juta(£750,00) kerana dia bersetuju dengan bayaran besar untuk mencapai 20 gol bagi musim ini.

Ronaldo kemudian memperoleh bonus tambahan sebanyak RM553,000 (£100,00) lagi untuk setiap gol yang dijaringkannya melepasi jumlah itu, jadi dia mengaut sejumlah RM4.7 juta (£850,000) pada hari Sabtu.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa terdapat lebih banyak bonus kewangan yang akan datang kerana dia juga akan mendapat sekitar RM5.5 juta (£1 juta) sekiranya berjaya menamatkan liga sebagai penjaring terbanyak Red Devils musim ini, sesuatu yang dianggap sudah pasti.

Tiada pemain lain yang mencapai angka dua kali ganda dengan pesaing terdekatnya, Bruno Fernandes setakat ini baru menjaringkan sembilan gol.

Manchester United yang hanya berbaki enam perlawanan pada musim ini.

Namun bagitu, sekiranya Ronaldo mampu menjaringkan sembilan lagi gol untuk mencapai 30 gol dalam kempen musim ini, dia dianggarkan bakal menerima bonus sekitar RM15.2 juta  (£2.75 juta) keseluruhan.

Tambah menakjubkan, ia adalah hatrik ke-60 Ronaldo dalam kariernya, dengan yang pertama datang 14 tahun lalu untuk United dan bosnya sekarang ini berkata tiada apa yang perlu ditambah selepas persembahannya.

‘Saya rasa kita tidak perlu bercakap mengenai prestasi Ronaldo hari ini.
‘Satu lagi hatrik, seperti yang dijaringkannya ketika menentang Tottenham, membuat perbezaan, dan sekurang-kurangnya dua daripadanya tidak mudah untuk menjaringkan gol, yang kedua dan ketiga.’