Royalti : Sandiwara Pas Kelantan akhirnya makan diri

Royalti : Sandiwara Pas Kelantan akhirnya makan diri

ROYALTI : MENGAPA KERAJAAN KELANTAN BERDIAM DIRI?

Menteri Kewangan mengumumkan telah membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sebanyak RM400 juta iaitu rm200 juta bagi tahun 2020 dan rm200 juta bagi tahun 2021, namun sehingga hari ini tidak ada apa apa komen dari Kerajaan Kelantan atau ambo tak dengar sebab baru tubik hutan?

Atau adakah Kerajaan Kelantan tidak berpuashati dengan jumlah yang dibayarkan dan menolak pemberian tersebut kerana pada hemat kerajaan Kelantan jumlah royalti mestilah angkanya bilion bilion dan Kerajaan Kelantan menolak atas nama Wang Ehsan?

Atau ianya sengaja didiamkan supaya rakyat tidak tahu dan tidak tanya ke mana wang tersebut dibelanjakan kerajaan setakat hari ini nikmat bayaran tunai royalti minyak belum dirasai atau nampak di kelih meskipun ianya telah dibayar atas nama Wang Ehsan semenjak tahun 2016 lagi???

Sumber – FB