Wanita baru pulang dari Haji ditangkap polis, rupanya ‘mak ayam’ di warung
Seorang wanita ditahan sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji kerana didakwa menyediakan khidmat pelacuran.
Khidmat seks di gerai makan
Foto: Kompas.com
Memetik laporan Kompas.com, suspek yang dikenali sebagai Irma ditahan oleh pihak polis Malinau Barat, Kalimantan di Indonesia kerana didakwa menyediakan perkhidmatan pekerja seks di gerai makanan miliknya.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Malinau, Iptu Wisnu Bramantio berkata penangkapan dilakukan pada Sabtu selepas pihaknya menerima maklumat tentang kepulangan suspek dari Makkah.
Suspek telah ditahan oleh pegawai polis ketika pulang dari mengerjakan ibadah haji iaitu selepas menghadiri satu majlis di sebuah di Bandaraya Malinau.
Hasil siasatan mendapati, suspek disyaki mengeskploitasi beberapa orang wanita dari luar dan dalam Kalimantan Utara untuk dijadikan pelacur.
Di dalam kedai itu terdapat gerai dan bilik yang dipisahkan. Ada beberapa orang wanita yang disediakan suspek dengan kadar RM91 (300,000 Rupiah) bagi setiap perkhidmatan.
Ada beberapa orang wanita dari luar daerah yang pada awalnya mereka dijanjikan dengan perkerjaan yang sesuai.
Dalam pada itu, jika disabitkan kesalahan mangsa berusia 44 tahun tersebut bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.