“Ruh ruh ruh, neh neh neh..” – Pantun ‘anak muda’ Syahir Sulaiman kepada Rafizi Ramli jadi bahan lawak netizen

“Ruh ruh ruh, neh neh neh..” – Pantun ‘anak muda’ Syahir Sulaiman kepada Rafizi Ramli jadi bahan lawak netizen

 

Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia yang melibatkan Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Pas, Syahir Sulaiman yang berlangsung semalam menjadi perhatian ramai.

Rafizi yang menwakili pihak kerajaan telah mengeluarkan hujah-hujahnya dan Syahir di pihak pembangkang juga melakukan hal yang sama.

Pantun khas buat Rafizi Ramli

Namun,pantun yang diberikan Ahli Parlimen Bachok khas buat Rafizi di akhir perdebatan mereka telah mengundang gelak tawa ramai termasuklah dibahan teruk di media sosial.

Memetik video yang dikongsi Astro Awani, pantun ‘anak muda’ yang diberikan Syahir menerima kecaman hebat kerana dilihat sangat tidak sesuai sebagai pendebat yang sedang berdebat.

“Ruh, ruh, ruh;

Neh,neh, neh;

Buang yang keruh;

Ambil yang jernih” ujarnya.

Ini bukan debat!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka bahawa Syahir mengeluarkan pantun sebegitu ditujukan kepada Rafizi bagi memberi kesimpulan diatas perdebatan yang berlangsung.

Mereka juga mengkritik cara berdebat Syahir yang berbeza jauh dengan Rafizi kerana dikatakan fakta yang diutarakan oleh Ketua Pemuda PAS itu tidak disokong dengan hujah yang kuat.

Pantun Jarjit Upin Ipin lagi best

Lagi elok kalau di pentas rajalawak

Pantun pun ala kadar inikan ekonomi

Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia ini telah disiarkan secara langsung bermula jam 8.30 malam di saluran RTM dan juga Astro Awani bertempat di Angkasapuri.

Tawaran berdebat ini telah diusulkan oleh Rafizi menerusi media sosial miliknya dan sempat ditolak oleh Syahir. Namun, selepas mendapat kritikan dan sokongan, ahli parlimen berkenaan akhirnya menyambut tawaran tersebut.