Ruhainies terkenang teman Shuhada muntah-muntah dalam flight ketika hamil

Ruhainies terkenang teman Shuhada muntah-muntah dalam flight ketika hamil

Selepas kemelut rumah tangganya menjadi perhatian umum, Nurul Shuhada Mohd Shukri telah mengambil pendekatan untuk tidak lagi mengambil pusing berkaitan isu kecurangan suami, pelakon, Hafidz Roshdi dan terus bangkit memulakan hidup baru.

Dia yang kini giat menjalani perniagaan turut menerima beberapa tawaran dari usahawan terkenal bagi menjadi model untuk produk mereka.

Jumpa dan saling berpelukan

Dia juga beberapa kali berkongsi momen menghadiri acara yang turut melibatkan selebriti terkenal tanah air yang masing-masing begitu ramai menyantuni wanita cekal berusia 29 tahun ini.

Menerusi perkongsian terbarunya di Insta Story, Shuhada atau biasa disapa Shu telah bertemu dengan pelakon wanita, Ruhainies dan saling berpelukan.

 

Jumpa secara tak sengaja

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Ruhainies dia mengatakan sebelum ini pernah bertemu dengan Shu secara tidak sengaja sewaktu di dalam tandas pesawat.

Apa yang menyentuh hatinya adalah keadaan isteri kepada Hafidz Roshdi itu mengalami alahan muntah-muntah begitu teruk semasa kehamilan yang pertama.

Teman Shu hingga dia kembali okey

Ruhainies yang ketika itu belum begitu mengenali Shu telah menemaninya sehingga dia kembali okey. Namun, selepas kejadian tersebut, dia belum berkesempatan untuk bertemu semula dan pertemuan malam tadi adalah kali kedua buat mereka.

Menurut Ruhainies, Shuhada telah menghampirinya dan bertanya sama ada masih ingat akan dia ataupun tidak dan pelakon drama tersebut mengiyakan serta teruja dengan pertemuan tersebut. Dia juga sempat menitipkan kata semangat untuk wanita kuat itu.

Untuk rekod, nama Shuhada telah menjadi sebutan ramai setelah menjadi mangsa kepada tindakan kasar suaminya sehingga mendatangkan kecederaan dan parut kekal di muka.

Walau bagaimanapun, kes tersebut masih berjalan di mahkamah dan begitu juga penceraian yang telah difailkan awal bulan ini terhadap Hafidz Roshdi.