Rujuk kami dahulu, Bersatu beri isyarat sokong cadangan timbalan speaker rentas parti

Rujuk kami dahulu, Bersatu beri isyarat sokong cadangan timbalan speaker rentas parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui akan bersetuju dengan cadangan berhubung nama calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti lain.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, nama calon terbabit perlu dirunding terlebih dahulu kerana Bersatu mempunyai prinsip tegas yang tidak boleh dikompromi.

“Pandangan Bersatu dalam isu berkait integriti dan urusan mahkamah sentiasa konsisten, malah sedia diketahui umum,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya pada Sabtu.

Sumber – Sinar Harian