Rumah dipenuhi barang, wanita sanggup tidur di koridor

Rumah dipenuhi barang, wanita sanggup tidur di koridor

 

Tak dinafikan, ada di antara kita yang gemar menyimpan segala benda yang pernah digunakan meskipun barangan tersebut dah rosak.

Kalau min pulak, suka betul simpan paperbag banyak-banyak sebab mana lah tahu kan jika suatu hari nanti, kita mahu menggunakannya.

Namun, seorang wanita di Singapura ini pula terpaksa dan sanggup tidur di koridor luar rumahnya gara-gara bahagian dalaman rumahnya dipenuhi dengan barangan terbuang yang dikutipnya, lapor Mothership.sg.

7 3 3

Wanita tersebut akan tidur di atas kadbod di koridor luar rumahnya kerana rumahnya sudah tidak mempunyai ruang yang cukup untuk dirinya tidur.

Difahamkan, wanita itu telah mengutip barang-barang tersebut di sekitar bawah flat yang terdiri daripada kotak, botol plastik, beg bagasi dan buah dengan niat mahu menjualnya semula untuk mendapatkan wang.

Kini, barangan-barangan tersebut memenuhi dalaman rumahnya sehingga pintu besi kediamannya itu tidak lagi boleh ditutup seperti biasa.

Difahamkan juga, wanita terbabit merupakan pemilik rumah itu dan dia hanya tinggal sendirian.

8 3 2

Walau bagaimanapun, dia sering dilawati oleh seorang lelaki yang dipercayai adik beradiknya.

Selain itu, dia juga sering dibantu oleh anggota sukarelawan yang datang menjenguknya dan memberinya makanan serta membantunya menjaga kebersihan diri.

Namun, barangan-barangan yang terlalu banyak sehingga terpaksa diletakkan di koridor luar rumah itu sedikit sebanyak mengganggu jiran-jiran kerana menghalang laluan.

Barangan yang terlampau banyak itu juga telah menarik perhatian serangga perosak seperti lipas dan tikus.

Walaupun kelakuannya itu telah dilaporkan ke pihak pengurusan namun, wanita terbabit tetap menyimpan barang-barang terbuang itu di rumahnya.

Dia dikatakan telah hidup seperti itu sejak 10 tahun lalu.