Rumahtangga Afdlin runtuh gara-gara pandemik Covid-19

Rumahtangga Afdlin runtuh gara-gara pandemik Covid-19

SELEPAS hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan mereka sudah bercerai sejak April lalu.

Maria menerusi Instagram miliknya menjelaskan mereka mengambil keputusan untuk bercerai selepas hubungan mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemik Covid-19 yang lalu.

“Kehidupan bersama membesarkan anak-anak, keluarga termasuk bekerjasama untuk syarikat, kami mula membuat keputusan secara individu yang memberi kesan kepada hubungan ini.

“Ketika tempoh pandemik sebelum ini, hidup kami mula berubah. Kami cuba memulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak,” katanya, seperti dilapor portal Mstar.

Maria berkongsi mengenai perkara itu dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat selepas selesai menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Dalam pada itu, Maria berkata, meskipun sudah tiada lagi ikatan suami-isteri namun mereka akan terus menyokong antara satu sama lain selain mengutamakan tanggungjawab terhadap tiga cahaya mata.

Kami cuba memulihkan keadaan namun ia tidak berlaku apabila tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.