Rundingan kerusi PRN Melaka, UMNO dakwa Samsuri ‘kaki lebong’

Rundingan kerusi PRN Melaka, UMNO dakwa Samsuri ‘kaki lebong’

Kelmarin tular satu pendedahan memalukan oleh Naib Presiden Pas, Samsuri Moktar tentang sikap jelik UMNO yang masih ingin dilayan seperti ‘abang long’ dalam rundingan pembahagian keruai PRN MAELAKA.

Menurut Samsuri yang juga meruoakan MB Terengganu itu, sikap ‘abang long’ yang ditonjolkan oleh pemimpin tertinggi parti menyebabkan tiga parti iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pendedahan itu dilakukan ketika menjawab perkara yang dibangkitkan salah seorang ADUN BN semasa sidang DUN Terengganu baru-baru ini.

Jelasnya lagi, pada 3 November lalu, pasukan perunding kecewa selepas dimaklumkan seorang ketua parti yang dipercayai daripada UMNO akhirnya tidak bersetuju dan tetap mahukan tiga penjuru.

Semua kecewa luahnya lagi, tapi apa nak buat, sikap abang long inilah yang mengganggu kerjasama bersama, katanya ketika ketika sesi penggulungan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Namun hari ini seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tampil menafikan dakwaan Samsuri.

Abdul Rahman Dahlan berkata, ketika rundingan kedua dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, wakil parti itu meninggalkan bilik mesyuarat tanpa rasa hormat.

Rundingan pembahagian kerusi dengan Perikatan Nasional gagal kerana wakil Bersatu dan PAS bertindak “angkat kaki” lebih awal walaupun perbincangan belum selesai, dedahnya lqgi seperti dilaporkan portal FMT.

“Saya tengok tidak ada penghormatan diberikan kepada Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat, dan wakil-wakil itu bingkas bangun dan terus keluar dari bilik mesyuarat walaupun mesyuarat belum lagi selesai.

“Mereka keluar, ‘walk out’ meninggalkan Umno bersendirian dalam bilik mesyuarat,” katanya dalam satu rakaman video disiarkan di Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu menjawab dakwaan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa rundingan pembahagian kerusi antara PN dan Barisan Nasional (BN) gagal kerana sikap parti tertentu yang mahu menjadi “Abang Long”.

Rahman yang turut terbabit dalam rundingan kerusi itu berkata, kenyataan Naib Presiden PAS itu “tidak tepat dan mengelirukan” lebih-lebih lagi ia dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Dedahnya lagi, PN turut meletakkan syarat tidak masuk akal apabila Bersatu ingin menentukan siapa calon Ketua Menteri daripada Umno dalam mesyuarat pada 27 Okt.

“Kerana Ketua Menteri datang dari Umno jadi biarlah Umno yang tentukan siapa calon Ketua Menteri Umno dalam PRN,” tegasnya.

Malah katanya, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu tidak membenarkan Umno bertanding dalam sejumlah kerusi yang membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan secara sendiri.

“Alasan beliau Umno tidak akan beri jawatan Exco atau Ahli Majlis kepada Bersatu dan PAS walaupun kita jelaskan dalam rundingan tersebut kuota-kuota itu boleh dimasukkan dalam perjanjian bertulis yang boleh dibuat oleh parti-parti yang ingin bertanding dalam PRN Melaka.

“Mereka letak syarat tidak munasabah dan sukar diterima Umno,” katanya.

Tegas Rahman, Bersatu perlu lihat kepada fakta dan hakikat bahawa Umno memenangi 13 kerusi pada PRU14 berbanding Bersatu hanya menang dua kerusi manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi malah majoriti calonnya hilang deposit kerana prestasi buruk di kerusi yang ditandingi mereka.

Justeru, beliau berkata, pembahagian kerusi antara BN dan PN perlu mengikut kekuatan parti masing-masing.

“Dan bagaimana untuk kita membahagi kerusi sama-rata dengan cara begitu, sepatutnya rundingan kerusi dibuat mengikut kekuatan parti masing-masing di kerusi tertentu. Itu pandangan Umno” katanya.

Malah, Rahman berkata, walaupun cadangan itu ditentang oleh PN, namun ia digunakan pakai dalam pembahagian kerusi di Melaka antara Bersatu dan PAS.

“Bersatu bertanding 15 kerusi dan PAS hanya lapan kerusi bermakna Bersatu bertanding dua kali ganda dari PAS, dan kenapa dengan Umno, Umno dan PN mesti bertanding sama rata walaupun semua akui Umno mempunyai kekuatan jentera dan ahli lebih besar dari parti lain?,”soalnya.