Rupanya Abby Abadi & Norman dah bagi ‘green light’ viralkan kes sondol anak, Marissa Dania?

Rupanya Abby Abadi & Norman dah bagi ‘green light’ viralkan kes sondol anak, Marissa Dania?

 

Hari ini nama anak gadis aktor Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania menjadi topik trending di aplikasi X selepas seorang wanita tampil membuat pendedahan mengejutkan.

Marissa Dania didakwa menjadi orang ketiga dan meruntuhkan rumah tangga wanita berkenaan yang mempunyai dua orang anak kecil.

Susulan tular tentang anak gadisnya, Abby Abadi tampil memberi respon di Instagram story dan memaklumkan dia akan memberi jawapan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan wanita tersebut Marissa Dania dan ibu bapanya telah dimaklumkan bahawa dia akan menularkan kes ini.

Dakwanya, Norman dan Abby sudah tahu bahawa dia akan membuat pendedahan ini kerana tiada penyelesaian untuk menghentikan perbuatan anak mereka.

Memang tahu ya isu nak viralkan ni sebab takde solusi. Dari mereka juga keizinan viral kisah ini.

marissa

Tambahnya, dia telah pun membuat laporan polis memandangkan suaminya dengan gadis di bawah umur ketika mereka check in di hotel bersama-sama di mana Marissa ketika itu baru berusia 16 tahun.

Bukan itu sahaja, dia turut membalas soalan warganet sama ada bekas suaminya dan Marissa masih menjalinkan hubungan selepas perceraian berlaku.

Memang diceraikan sebab mereka nak bersama pun. Balik dari mahkamah masih sempat dating, celebrate.

marissa