Rupanya bapa tiri pernah masuk berita, tolong isteri jejak kehilangan Aliah Qistina?

Rupanya bapa tiri pernah masuk berita, tolong isteri jejak kehilangan Aliah Qistina?

 

Sejak bulan lalu, berita kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Melaka hangat tular di media sosial.

Ia susulan pendedahan dibuat oleh mak kandungnya, yang risau akan keselamatan Aliah Qistina Budiyanto lebih-lebih lagi menjelang raya bakal tiba tidak lama lagi.

Meskipun dia kini sudah ditemui, namun tersingkap pula sisi gelap yang pernah menimpa pelajar Tingkatan 4 berkenaan.

Polis tahan bapa tiri & ibu kandung…disyaki terlibat dalam kejadian cabul anak

Sabtu lalu, sepasang suami isteri ditahan di KLIA2 sejurus pulang dari Sabah kerana disyaki terlibat dalam kejadian cabul kehormatan anak perempuan mereka sejak tahun 2020.

Difahamkan perbuatan terkutuk itu dibuat oleh ayah tirinya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, malah ia juga diketahui oleh ibu kandung Qistina.

Rupanya suspek pernah masuk TV…tolong isteri jejak kehilangan anak tiri

Rentetan itu, netizen turut berjaya jumpa klip berita yang memaparkan wajah suspek.

Ia rentetan lelaki berusia 36 tahun itu membantu isterinya jejak kehilangan Aliah Qistina, dengan bertanyakan orang awam serta menampal poster di sekitar pasaraya terkemuka di MITC Melaka kira-kira 2 minggu Mac lalu.

Daripada dia hilang hingga ke hari ini…tak tahu anak saya makan apa

Menerusi laman Facebook rasmi Buletin TV9, ibu Qistina meluahkan perasaan resah terhadap anak perempuannya ketika ditemu ramah wakil media ketika itu.

Untuk rekod, gadis remaja tersebut berjaya dijumpai di pangasapuri rakan lelakinya di Kampar, Perak selepas 18 hari hilang.

Dia malah mengaku suka rela ikut dan tinggal bersama pemuda berusia 20-an itu,  namun siasatan lanjut sedang dijalankan.