Rupanya BJAK tipu dapat kelulusan JPJ untuk perkhidmatan pembaharuan ‘roadtax’

Rupanya BJAK tipu dapat kelulusan JPJ untuk perkhidmatan pembaharuan ‘roadtax’

 

Tindakan BJAK yang menguar-uarkan iklan perkhidmatan yang disediakan termasuklah pembaharuan cukai jalan telah mengundang padah.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menegaskan syarikat berkenaan tidak ada kelulusan dari JPJ mahupun Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menjalankan perkhidmatan itu.

Menerusi kenyataan yang di aplikasi X, pihak JPJ juga berkata BJAK dakwa mempunyai kelulusan pihak berkuasa adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

JPJ juga telah menerima beberapa aduan daripada orang awam berkaitan isu tempoh sah laku cukai jalan yang tidak dikemas kini dan syarikat mengenakan caj tambahan semasa menggunakan perkhidmatan ini.

BJAK difahamkan berjaya dapatkan kepercayaan pelanggan dengan menggunakan taktik ‘mengupah’ artis untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan platform yang menawarkan perkhidmatan yang tidak sah ini bagi mengelakkan penipuan dan kerugian.

Orang ramai juga digalakkan untuk melakukan urusan pembaharuan ini melalui kaunter JPJ terdekat, aplikasi MYJPJ atau platform yang telah disahkan sahaja.

BJAK kini menjadi bualan hangat warganet di media sosial dari beberapa hari yang lalu semenjak syarikat tersebut terpalit dengan isu dakwaan menganiaya pekerja-pekerjanya.