Rupanya ini kejadian pelik kenapa Sanusi terpaksa buat u-turn terhadap fitnahnya ke atas Vincent Tan
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan menggelar Vincent Tan dan syarikat taikun itu sebagai korup.
Katanya, rakyat Malaysia sedia mengetahui bahawa dia sebagai menteri besar Kedah mengamalkan dasar mengutamakan golongan bawahan dan bukan golongan korporat atau kaya.
Jelasnya, kenyataannya tidak akan menyebelahi “taikun-taikun besar” bermaksud keutamaan tidak akan diberikan kepada korporat besar dalam aspek pembangunan.
“Polisi yang dinyatakan oleh defendan tersebut adalah polisi mesra rakyat yang sentiasa dilaung-laungkan oleh defendan dalam kempennya dan juga merupakan polisi kerajaan negeri Kedah bawah pimpinan defendan.
“Ia tidak sama sekali bermaksud memfitnah P1 (plaintif pertama atau Tan) selaku ahli korporat besar,” katanya dalam pernyataan pembelaan dalam kes saman antara mereka berdua.
Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Sanusi, Mohd Faizi Che Abu, mengesahkan bahawa pembelaan itu difailkan dua hari lalu, pada 29 September.
Sungai Klang, gambar hiasan
Tan, pengasas bersama bersama Kumpulan Berjaya, serta Berjaya Land Berhad menyaman Sanusi pada 8 Ogos lalu susulan ucapannya semasa kempen pilihan raya negeri di Jitra, enam hari sebelum itu.
Terdahulu, Tan mengeluarkan surat tuntutan guaman kepadanya yang menuntut permohonan maaf daripada Sanusi serta ganti rugi RM200 juta.
Ia susulan dakwaan Sanusi bahawa rakan sejawatannya dari Selangor, Amirudin Shari terlibat dalam “skandal” dengan Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.