Rupanya ini kejadian sebenar kenapa guru lama hilang sabar terhadap Radzi Jidin
Satu laman FB yang sering memuatnaik isu semasa pendidikan tanah air hari ini tampil mendedahkan punca kemarahan sebahagian besar guru-guru lama terhadap Menteri Pendidikan, Senator Radzi Jidin baru-baru ini.
Laman FB tersebut yang menggunakan nama Mohd Fadli Salleh membuat pendedahan tersebut di dalam hantaran terbaru di FB miliknya pagi ini.
Menurut pentadbir akaun laman FB tersebut, isu tersebut menjadi panas disebabkan beberapa tindakan kurang cerdik menteri yang tewas dalam pilihanraya umum ke-14 kebelakangan ini.
Namun, kemuncak kepada ketidakpuasan hati guru-guru lama itu tercetus selepas layanan istimewa yang diberikan Radzi terhadap guru baru pengambilan khas one-off dan guru baru lepasan IPG baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya, dia menulis antara lain…
Guru baru posting terus dapat negeri yang susah dapat minta tukar.
Ada dapat Terengganu, ada dapat Kelantan, ada dapat Kedah dan negeri-negeri lain. Sedangkan guru-guru lama berbelas tahun mengajar kat luar mohon tukar setiap tahun tapi tak dapat.
Berjauhan dengan pasangan, seorang diri membesar anak-anak. Jumpa sebulan sekali atau kadang lebih lambat lagi.
Kasihan kawan-kawan yang berduka lara. Berjauhan dengan pasangan.
Kasihan kat guru-guru yang ingin pulang menjaga orang tua. Pernah satu kes kawan saya sendiri mengajar di Sabah bertahun-tahun lamanya. Setiap kali minta tukar, tak dapat.
Sampai suatu masa, ibunya sakit tenat. Mohon minta tukar lagi, turun naik Putrajaya buat rayuan. Pun tidak berjaya.
Dan ditakdirkan Allah, ibunya meninggal dunia. Dan dia tak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir. Hanya dapat ziarah kubur sahaja. Dia berkata pada aku,
“Sampai mati aku tak maafkan orang yang menidakkan hak aku untuk pulang sedangkan guru baru yang opsyen sama dengan aku dapat posting kat negeri aku mohon”.
Kenapa tak dahulukan guru lama yang bertugas diluar, guru duka lara, guru yang ingin menjaga orang tua kembali berkhidmat di negeri yang mereka mohon?
Kenapa bagi cikgu-cikgu fresh dan baru posting masuk ke negeri yang hot spot ni? Patut guru baru posting ke negeri luar dahulu, 4-5 tahun berkhidmat baru pertimbangkan permohonan pulang.
Ni guru lama dah berbelas tahun yang mohon tak dapat balik, yang baru bertugas sehari terus dapat negeri yang diminta.
Entahlah. Aku tak faham bagaimana mereka utamakan untuk postingkan guru baru berbanding guru yang dah lama mohon.
Alasan opsyen cikgu yang mohon tu kurang relevan kerana guru baru yang dapat masuk tu ramai je sama opsyen dengan guru lama yang mohon.
Tolong cakna kebajikan guru-guru dan simpatilah pada mereka ini.
Nota : Artikel ini ditulis oleh Monmon, admin Cikgu Fadli. Monmon driver lori sahaja. Nak sewa lori, pm ya.
#MFS
Pentadbir akaun laman FB tersebut turut berkongsikan tangkap layar sebahagian daripada luahan kekecewaan para guru lama tersebut yang sempat diambil di dalam ruangan komen FB Radzi Jidin.
Sehingga kini, hantaran FB tersebut mendapat hampir 6 ribu tanda suka, lebih 700 komen dan hampir 600 perkongsian selepas hanya 2 jam dimuat naik.