Rupanya ini kisah di sebalik tabir filem Sarjan Hassan yang tidak diketahui ramai

Rupanya ini kisah di sebalik tabir filem Sarjan Hassan yang tidak diketahui ramai

CERITA DI SEBALIK TABIR SERGEANT HASSAN YANG MUNGKIN RAMAI TAK TAHU

1. Cerita yang dituliskan oleh Ralph Modder adalah semata- mata fiction. Hanya nama Sarjen Hassan dipinjam dari nama seorang perwira tentera yang bertugas di Port Dickson. Sarjen Hassan yang sebenarnya telah diberi imbuhan oleh Shaw Brothers kerana menggunakan nama beliau.

2. Lokasi utama termasuk hutan belantara adalah di Port Dickson.

3. Lamberto Avellana, seorang pengarah Filipina, dipilih untuk mengarah, berdasarkan beliau baru sahaja memenangi Pengarah Asia Terbaik pada 1957, dan beliau pernah mengarah 9 buah filem perang.

4. Seramai 34 orang krew dibawa ke Port Dickson untuk filem ini. Mereka tinggal di barrack tentera dan juga disediakan pakaian tentera semasa shooting.

5. Shooting bermula pada Mei 1958 dan hampir kesemua pelakon extra termasuk tentera Jepun diambil dari Askar Melayu di Raja.

6. Terdapat 3 orang pemenang Anugerah Pesta Asia yang beradu tenaga iaitu P Ramlee, Avellana dan jurukamera A Bakar Ali.

7. Kos produksi menelan belanja 700,000 ringgit pada ketika itu.

8. Seramai 786 pelakon extra telah digunakan.

9. Sebanyak 8,000 rounds peluru telah habis
semasa scene berperang.

10. Sebuah lori 5-ton sengaja diletupkan.

11. Filem ini adalah filem melayu pertama menggunakan khidmat dua orang askar British sebagai pelakon.

12. Semasa shooting, P Ramlee hampir tercedera serius apabila sebuah bom meletup dari jarak 6 kaki. Beliau cedera dengan kebakaran ringan di tubuh badan nya.

13. Omar Rojik dipilih sebagai pegawai Jepun kerana beliau pernah berkhidmat dengan tentera Jepun dan fasih bertutur dalam bahasanya.

14. Salleh Kamil yang memegang watak Buang, juga pernah diseksa oleh askar Jepun. Sebab itu beliau dapat menghidupkan watak Buang.

15. Selepas filem ini, Saadiah mengumumkan bahawa beliau ingin bersara dari berlakon filem kerana ingin menumpukan masa dengan keluarga tetapi P Ramlee berjaya memujuk beliau untuk MUSANG BERJANGGUT.

16. Sebuah babak filem ini telah dipotong kerana durasi terlalu panjang. Babak ini melibatkan askar Jepun mengugut Ah Leng di depan Saadiah dan Annie Jasmin.

17. Lebih banyak kisah menarik dan “rare” yang ramai tak tahu tentang P Ramlee di bit.ly/rahsiapramlee.

18. Pada asalnya, tiada sebarang lagu dalam filem ini tetapi selepas pemulangan Avellana ke Filipina, P Ramlee telah menyelitkan lagu Tunggu Sekejap.

19. Lirik Tunggu Sekejap adalah hasil bersama P Ramlee dan Saloma.

20. Keadaan penggambaran filem ini menjadi kecoh apabila pengarah Avellana tiba-tiba meninggalkan produksi dan terus pulang ke Filipina. Ini disebabkan beliau terlalu tertekan dengan penggambaran filem ini. Terdapat banyak shots -shots yang tidak dapat di edit. Jadi segala baki pengarahan diselesaikan oleh P Ramlee. Perkara ini memang dirahsiakan oleh pihak Shaw.

Kredit – Repair Gambar Lama