Rupanya ini punca kenapa Syamsul Yusof tak jadi lafaz cerai Puteri Sarah

Rupanya ini punca kenapa Syamsul Yusof tak jadi lafaz cerai Puteri Sarah

 

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana nampaknya masih belum berakhir apabila Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya.

Gagal capai persetujuan

Peguam Syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan dan memohon proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang akan diulang semula.

“Usaha nak selesai kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah.

“Bila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya plaintif (Sarah) masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.

“Sarah juga meminta jumlah mutaah yang tinggi yang tidak mendapat persetujuan oleh defendan (Syamsul),” ujarnya.

Minta diskaun nafkah anak, gugur kes Ira Kazar

Sementara itu, Puteri Sarah sewaktu ditemui media menjelaskan dia percaya bahawa dirinya berada di pihak yang benar dan segala tuntutan yang dikemukannya itu adalah untuk anak-anak sahaja.

“Sarah tekankan di sini, Sarah tak minta satu apapun untuk Sarah. Tak ada. Semua untuk anak-anak.

“Kalau macam tu pun nak diskaun, kemudian tarik kes keluarga Kazar, oh..tak boleh,” ujarnya.

Akan pertimbangkan apa yang nak ditarik, bukan semua

Jelas Sarah, sekiranya Syamsul memberi seperti mana jumlah yang dinyatakan berkemungkinan dia akan mempertimbangkan semula apa yang diminta oleh suaminya.

Tetapi, bukanlah semua permintaan itu akan ditunaikan seperti menarik semula kes saman terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarganya.

“Sarah akan mempertimbangkan apa yang nak ditarik ya. Pertimbangkan apa yang ditarik, bukan tarik semua,” jelasnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu pihak Syamsul yang menawarkan jumlah tersebut sebagai nafkah anak-anak. Namun, ia ditarik semula secara tiba-tiba.

“Nafkah itu, mereka yang tawarkan, bukannya diminta. Tapi dalam draf terkini pula, ada jumlah. Dia (Syamsul) meminta diskaun sebanyak 30 peratus dari sebelumnya.

“Jumlah tak sampai sejuta pun, Sarah tahu dia mampu. Dan, Sarah minta bayaran secara tahunan iaitu ansuran,” ujar Sarah dan peguam.

Sekadar info, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai pada 9 April lalu di mana Syamsul menyatakan dia bersetuju untuk melafazkan talak terhadap Sarah, hari ini.

Bagaimanapun, mereka gagal mencapai persetujuan dan Syamsul enggan melafazkan talak terhadap Sarah.