Rupanya ini punca sebenar kenapa Syafiq Kyle & Mimi Lana tak jadi nikah, pengurus tampil dedah bukan sebab peribadi tapi…

Rupanya ini punca sebenar kenapa Syafiq Kyle & Mimi Lana tak jadi nikah, pengurus tampil dedah bukan sebab peribadi tapi…

 

Pengurus kepada pelakon, Mimi Lana iaitu Iman Tang menafikan khabar angin yang mendakwa majlis pernikahan Mimi dengan Syafiq Kyle diawalkan seminggu dan berlangsung malam tadi.

Iman ketika dihubungi berkata, pembatalan majlis pernikahan itu disebabkan kekangan kerja Mimi yang kini terikat dengan satu penggambaran drama.

“Bukan malam ini. Tak percaya pergilah di Puncak Rimba, Bentong, Pahang (lokasi pernikahan) sekarang. Apa yang boleh saya kongsi satu tarikh baharu akan dimaklumkan nanti,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, malam tadi.

Menurut Iman, pembatalan majlis pernikahan pasangan itu yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini juga bukan disebabkan pasangan itu menghadapi krisis peribadi.

“Saya ingin tegaskan hubungan mereka baik-baik saja. Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.

“Apapun doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya,” katanya.

Terdahulu, tular mesej yang memaklumkan majlis pernikahan pasangan pelakon filem Pusaka itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan.