Rupanya suspek kes amuk bersenjatakan pisau potong daging di Ampang disahkan miliki ‘lesen besar’

Rupanya suspek kes amuk bersenjatakan pisau potong daging di Ampang disahkan miliki ‘lesen besar’

Seorang tukang gunting rambut mengamuk sambil memegang pisau pemotong daging ditahan di kawasan sebuah apartment di Taman Lembah Maju di sini pada Rabu.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 10.51 pagi itu, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam yang mendakwa seorang lelaki memegang pisau pemotong daging sedang mengamuk.

“Kita berjaya menahan suspek berusia 45 tahun dan merampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Farouk berkata, suspek telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Suspek pemegang kad pesakit mental dan mempunyai rekod serta sedang menjalani rawatan di hospital berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 dan 186 Kanun Keseksaan,” katanya.