Rupanya telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ diinspirasikan daripada kisah benar, watak Razil hidup hingga kini

Rupanya telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ diinspirasikan daripada kisah benar, watak Razil hidup hingga kini

 

Meskipun sudah 2 hari berlalu sejak tayangan telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ di slot Cerekarama TV3, namun rasa sedihnya masih menyelubungi jiwa penonton.

Ditambah pula dengan lakonan hebat daripada Zamarul Hisham serta Rita Nadira, gandingan mereka menjayakan watak suami isteri cukup memberikan kesan emosi.

Semoga kita mengambil teladan daripada telemovie yang diadaptasi dari kisah benar ini

Kesetiaan Razil yang masih menyayangi isterinya walaupun diselingkuhi dan ditinggalkan demi lelaki lain cukup meruntun jiwa.

Di saat Salinah sudah terlantar lumpuh, Razil bahkan terus setia menjaga dan sudi merujuk semua ikatan perkahwinan namun tidak sempat.

Siapa sangka, rupanya jalan cerita telemovie sedih ini diadaptasikan daripada kisah benar yang berlaku di Perlis.

Abang frust tak dapat jumpa masa shooting…Orangnya setia

Menurut perkongsian Zamarul Hisham sendiri, watak Razil memang benar wujud dan kini orangnya sudah berusia 70 tahun.

Akan tetapi, dia sedikit kecewa kerana tidak sempat berjumpa dengan tuan badan ketika sedang menjalankan penggambaran cerita ini.

Idea & skrip ‘Saat HiIang Cintamu’ juga ditulis oleh anak-anak Perlis

Di sebalik kejayaan sesebuah projek televisyen, pasti ada cabarannya. Fadzil Teh a.k.a Haji Zil selaku penerbit utama dedahkan terdapat beberapa babak di Perlis yang terpaksa dibuat semula di Kuala Lumpur menggunakan pelakon berbeza rentetan isu-isu tertentu.

Namun dia berterima kasih atas sambutan baik yang diberi netizen kepada telemovie arahannya itu.

Bagi anda yang tidak sempat menontin, telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ ini berkisahkan tentang kesetiaan Razil (Zamarul Hisham) terhadap isterinya bernama Salinah (Rita Nadira) dan tetap menyayanginya walaupun telah meninggalkannya demi lelaki lain.

Bukan itu sahaja, keika Salinah sudah terlantar lumpuh, Razil masih setia menjaga dan sudi untuk merujuk ikatan perkahwinan mereka tetapi tidak sempat kerana Salinah telah menghembuskan nafas terakhir ketika majlis akad nikah.

Susulan tayangan telemovie tersebut, rata-rata penonton berasa sedih dan mengalirkan air mata serta telemovie itu meninggalkan kesan emosi kepada para penonton serta ramai mahu telemovie ini ditayangkan semula.