Rupanya wang yang anda temui tidak dituntut di negara ini, wang tersebut boleh menjadi milik anda

Rupanya wang yang anda temui tidak dituntut di negara ini, wang tersebut boleh menjadi milik anda

Kisah menemui wang atau barangan berharga acapkali berlaku bukan sahaj di negara kita, malah di serata dunia juga kerap dikongsikan untuk tatapanb ramai.

K3biasaannya wang atau barangan berharga yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dipulangkan kepada pemiliknya akan menjadi milik perbendaharaan negara jika tidak dituntut.

Namun ianya berbeza di negara ini.Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun, lapor laman berita Kosmo!Online.

Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas menemui wang dalam jumlah yang besar itu.

Balai Polis Niigata mendedahkan penemuan tersebut semalam bagi mencari pemilik wang berkenaan.

Jika pemiliknya gagal tampil, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut.