Ryzal Ibrahim kecewa tak sempat tunai umrah walaupun dah sampai Makkah, cuma dapat beli perfume saja

Ryzal Ibrahim kecewa tak sempat tunai umrah walaupun dah sampai Makkah, cuma dapat beli perfume saja

 

PERSONALITI media sosial, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kecewa tidak berkesempatan menunaikan ibadah umrah ketika berada di Tanah Suci kerana kesuntukan masa.

Meskipun sudah ada niat di hati, namun Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, berkata kali ini tiada rezeki untuk dia melakukan ibadah tersebut.

“Ryzal datang Makkah untuk beli perfume dan 30 minit saja ada masa, nak buat umrah tapi tak sempat.

“Niat dah ada untuk buat umrah, sebenarnya cukup saja untuk buat umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.

“Semuanya atas izin Allah, apa sahaja kita nak, minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Menurut Ryzal, dia singgah di Makkah bertujuan mencari minyak wangi kesukaannya sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

“Ryzal sekarang ada dekat Jeddah, dalam perjalanan nak beli perfume di Clock Tower, Makkah.

“Tak sempat masuk dalam sebab tak cukup masa, tak mengapa lain kali pula kita datang,” ujarnya.

Difahamkan, Ryzal dalam perjalanan daripada London dan transit di Jeddah sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.