Sabri Yunus : Cukuplah seksa kami
Industri hiburan mengalami tempoh sukarnya ketika pandemik Covid-19 ini. Ditambah dengan perlaksanaan PKP bermula Mac tahun lepas, ramai kalangan penggiat seni mulai mengeluh melalui zaman malap mereka ketika ini.
Terbaru, satu hantaran FB milik Sabri Yunus, artis yang terkenal dengan watak Pak Ya Congcodey meluahkan kekecewaannya terhadap sikap ‘double standard’ kerajaan terhadap penggiat seni ini.
Sambil membandingkan industri sukan bolasepak yang melibatkan lebih ramai tenaga berbanding tenaga produksi drama. Ternyata dia pelik kenapa MKN boleh melonggarkan sop melibatkan aksi perlawanan bolasepak namun pada masa yang sama masih menyekat pengambaran drama secara outdoor.
Sebelum ini seorang dramatis terkenal Fauziah Nawi juga pernah menyentuh isu yang sama. Malah pelakon veteran itu dengan berani menyuarakan kesanggupan untuk memohon mengadap YDPA bagi menyuarakan masalah yang menimpa anak seni ketika ini.