Sadis!!! Ditinggal ibu di rumah pengasuh, JKM giat bantu cari waris 3 beradik

Sadis!!! Ditinggal ibu di rumah pengasuh, JKM giat bantu cari waris 3 beradik

Tiga beradik berusia antara lima hingga satu tahun kini mencari ibu kandung. Difahamkan ibu kandung yang bekerja sebagai jururawat itu di salah sebuah pusat perubatan swasta meninggalkan anak di rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja.

Bagaimanapun ibu kandung kanak-kanak tersebut gagal dihubungi walaupun berjanji untuk mengambil selepas selesai urusan bekerja.

Menerusi kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pencarian waris tiga beradik kandung bagi membantu anak-anak ini berjumpa semula ahli keluarganya.

PENCARIAN WARIS TIGA ORANG ADIK-BERADIK KANDUNG
NAMA KANAK-KANAK:
IAN EUSOFF BIN ABDULLAH (5 TAHUN)
IMAAN ISABELA BINTI ABDULLAH (4 TAHUN)
QASEH MARYAM INARA (1 TAHUN)
PEGAWAI PELINDUNG : ENCIK SHUKOR SALLEH BIN LASLILE

Tiga kanak-kanak adik-beradik di atas telah dirujuk oleh pengasuh kanak-kanak yang dikenali dengan Puan Bibe yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri Cheras.

Sejak Mac Gagal Cari Ibu Kandung. Nurse Tinggalkan 3 Anak Di Rumah Pengasuh

Menerusi perkongsian portal Pa&Ma, ibu kandung kanak-kanak telah meninggalkan 3 kanak-kanak sejak Mac 2022 dan telah gagal dihubungi selepas ibu kandung kanak-kanak berjanji akan mengambil kembali anak-anaknya selepas sahaja urusan pekerjaannya selesai.

Menurut pengasuh, ibu kandung dikenali dengan nama Aishah Irene, berusia 38 tahun dan pernah bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital swasta.

Tiga kanak-kanak ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri dan menyukarkan pengasuh untuk menguruskan kanak-kanak terutama berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak sehinggalah pengasuh membuat laporan polis perihal mengenai penyerahan kanak-kanak ke JKM untuk diberi perlindungan.

Sehubungan itu, Jabatan memohon agar ibu kandung kanak-kanak atau waris tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang 50564 Kuala Lumpur atau mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini dapat menghubungi Pelindung kes ini iaitu Encik Shukor Salleh bin Laslile di talian 03-26124000 atau e-mel [email protected] bagi memberikan maklumat yang dapat membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.