Sadis!!! Duda, wanita bergelang pink ditemui mati tergantung

Sadis!!! Duda, wanita bergelang pink ditemui mati tergantung

Mayat seorang duda dan wanita yang memakai gelang merah jambu ditemukan dalam keadaan tergantung di rumah masing-masing dalam kejadian berasingan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat duda terbabit yang berusia 37 tahun ditemukan tergantung di rumahnya di Kampung Ewa di sini pada pukul 3.55 petang.

Sementara itu, menurutnya, mayat wanita terbabit pula ditemukandalam keadaan sama di rumahnya di Kampung Lin Chai, Kedawang di sini pada pukul 7 petang.

Katanya, mangsa lelaki terbabit bekerja kampung merupakan seorang duda beranak tiga yang tinggal bersama ibu dan adiknya.

“Hasil temu bual dengan ibu mangsa mendapati lelaki itu tinggal di tingkat atas rumah dan tidak turun sejak malam kelmarin.

“Apabila ibu mangsa memeriksa biliknya, didapati duda berkenaan dalam keadaan tergantung dengan tali yang diikat pada kayu tiang atap rumahnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menambah, mangsa wanita itu yang memakai gelang merah jambu dan dikuarantin di rumah ditemukan tergantung menggunakan kabel elektrik pada alang rumahnya.

“Kejadian disedari oleh anak tiri mangsa sebelum memaklumkan kepada bapanya yang berada di tempat kerja,” ujarnya lagi.

Menurut Shariman, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha di sini untuk bedah siasat.

Katanya, Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber – UTUSAN