Sadis! Gadis OKU umur 17 tahun dirogol 10 lelaki secara bergilir di tepi jalan

Sadis! Gadis OKU umur 17 tahun dirogol 10 lelaki secara bergilir di tepi jalan

 

Menyedihkan, baru-baru ini video seorang gadis berusia 17 tahun yang menangis di tepi jalan sempat tular di media sosial. Apabila didekati oleh beberapa orang awam di sana, dia yang merupakan individu OKU (kategori masalah gangguan jiwa) mendakwa disetubuhi secara paksa oleh teman lelaki sendiri.

Kenal melalui media sosial…Keluarga sahkan gadis itu adalah golongan kurang upaya

Apa yang lebih menyedihkan, teman lelakinya dipercayai turut mengajak beberapa orang lain untuk bergilir-gilir ‘meratah’ gadis malang terbabit. Kenal menerusi media sosial, pemuda itu dikatakan datang menjemput di rumah untuk keluar bersama. Sekitar 1 jam kemudian, dia melencong ke arah rumah sewa untuk melakukan hal jijik berkenaan.

Selepas puas pergunakan tubuh gadis ini, mereka biarkan di tepi jalan

Tidak cukup sekali, dia telah membawa pula gadis itu ke sebuah hotel dan perbuatan itu berulang kali dilakukan. Ibarat habis madu sepah dibuang, itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan situasi itu. Keesokan harinya, mereka tinggalkan gadis itu seorang diri di tepi jalan sahaja.

10 lelaki didakwa melakukan hal itu secara bergilir-gilir

Menurut keterangan gadis itu, terdapat sekitar 10 lelaki yang terlibat dalam jenayah ini. Namun baru 2 orang sahaja yang sudah dikenalpasti dan berjaya diberkas oleh pihak polis. Pelaku lain masih lagi diburu dan siasatan lanjut terus dijalankan mengikut proses undang-undang.