Sadis!!! Murung akibat syarikat rugi teruk, isteri temui suami tergantung tak bernyawa

Sadis!!! Murung akibat syarikat rugi teruk, isteri temui suami tergantung tak bernyawa

Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui mati tergantung oleh isterinya di sebuah rumah di Taman Putra, Ampang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2 petang menerusi panggilan MERS 999 daripada orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni lelaki berkenaan yang juga seorang peniaga, isteri dan anak perempuan bongsu yang berumur 26 tahun.

“Kira-kira 1.45 petang semalam, isteri si mati tiba di rumah selepas pulang membeli barangan keperluan telah menjumpai si mati.

“Menurut keluarga, si mati mengalami kemurungan dipercayai akibat syarikatnya mengalami masalah kewangan yang teruk semenjak PKP dilaksanakan dan terpaksa di tutup pengoperasiannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Farouk berkata, pemeriksaan di tempat kejadian dan pada tubuh badan mayat lelaki itu tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

Katanya, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat dan ujian swab Covid-19 bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes telah diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber – FMT