“Sakit hati tengok” – Ramai terkedu tengok wanita berpurdah sibuk menari di tanah suci, jadikan content TikTok

Umum sedia tahu sekarang para jemaah sedang sibuk melakukan ibadah Haji, namun ada juga yang sempat membuat ‘content’ demi menaikkan jumlah pengikut.
Tular mengenai wanita yang menari sambil memakai jubah dan berniqab menari tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Malah dia turut memuat naik video di TikTok hingga orang ramai mengecam tindakannya yang sepatutnya lebih fokus kepada ibadah.
@ariellalalaa_
Video tersebut juga telah mendapat banyak perhatian media dan rakyat di Indonesia yang tidak setuju dengan kelakuan warganegara mereka.

Harapnya ramai sedar hidup ini tidak hanya berkisar semata-mata kerana media sosial sahaja, satu hari tanpa internet bukan bererti anda hilang segalanya.