“S*al punya melayu!” – Awie mengamuk, nak bagi penampar kat pelakon Melayu Mentega Terbang

“S*al punya melayu!” – Awie mengamuk, nak bagi penampar kat pelakon Melayu Mentega Terbang

 

Tidak dapat dinafikan, ramai yang tidak berpuas hati terhadap filem kontroversi, Mentega Terbang yang didakwa berunsurkan menghina, meremeh, merendah-rendahkan, memperleceh, menodai dan mempersendakan agama Islam.

Termasuklah penyanyi rock tanah air, Datuk Awie yang meluahkan rasa berang dengan pelakon Melayu yang melakonkan watak dalam filem terbabit.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Awie di laman Facebooknya, vokalis utama kumpulan Wings itu memberitahu dia mahu menampar pelakon tersebut kerana sanggup membawa watak tersebut sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan netizen.

“Aku rasa macam nak bagi penampar kat pelakon Melayu Mentega Terbang cibai ni, sial punya Melayu! Bermulanya era Melayu bangsat!” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Pun begitu, perkongsian tersebut telah dipadam oleh penyanyi yang berusia 54 tahun itu selepas lebih sejam dimuat naik dalam aplikasi tersebut.