Salah guna dewan awam, MPS sita Pejabat Azmin

Salah guna dewan awam, MPS sita Pejabat Azmin

GOMBAK – Pejabat Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham di Taman Berjaya di sini disita oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Difahamkan, notis pengosongan dikeluarkan ke atas bangunan tersebut yang dahulunya merupakan dewan awam sebelum dijadikan Pusat Khidmat oleh ADUN terdahulu, Hasbullah Ridzwan sebelum diambil alih oleh Mohamed Azmin dan Muhammad Hilman.

Tindakan pengosongan itu dipercayai ada kaitan dengan status kedua-dua wakil rakyat tersebut yang bukan lagi ADUN mewakili kerajaan negeri selepas menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).

Muhammad Hilman ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara itu, namun tiada di pejabatnya ketika tindakan diambil kerana berada di Sabah.

Sumber : Sinar Harian