Saling bercanggah, BN nafi kenyataan dikeluarkan Ismail Sabri

Saling bercanggah, BN nafi kenyataan dikeluarkan Ismail Sabri

“Pemimpin BN saling bercanggah berhubung kenyataan yang mendakwa bahawa hampir semua ahli parlimen BN menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan yang dipertikaikan yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa bahawa dia telah mempengerusikan mesyuarat yang melibatkan 40 ahli parlimen dari gabungan itu, yang secara bulat suara menyokong “kerajaan di bawah kepemimpinan Mahiaddin Md Yasin”.

Mahiaddin adalah nama sebenar Muhyiddin.

Pembantu Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan itu sahih.

Untuk rekod, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz kemudian mengeluarkan kenyataan lain yang menafikan kenyataan Ismail.

“Ibu pejabat BN menafikan mengenai kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat parti seperti yang tersiar dan viral ketika ini.

“Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan oleh pengerusi atau setiausaha agung parti dan hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi komunikasi parti,” katanya.

Kenyataan Mohamad Sahfri telah disiarkan di laman Facebook rasmi BN.

Pertikaian itu timbul di tengah keraguan mengenai sokongan terhadap Muhyiddin susulan teguran dari Istana Negara awal hari ini.

Tengah hari tadi Istana Negara mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap cara ordinan darurat dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Agong juga amat kecewa apabila ordinan darurat itu tidak dibentang dan dibahaskan seperti dipersetujui Takiyuddin dan Idrus di hadapan baginda pada 24 Julai lalu.

Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga amat dukacita apabila Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan dibuatnya semasa sidang khas berlangsung.”

Sumber – Malaysiakini