Sally Whoo akhirnya dedah punca tak bawa anak bercuti ke London

Sally Whoo akhirnya dedah punca tak bawa anak bercuti ke London

 

Pempengaruh media sosial Sally Whoo memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak membawa anaknya Ean Maleeq ikut bercuti ke London.

Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah Aimuni berkata, anak kecil selalunya mempunyai pelbagai ragam dan disebabkan itu dia tidak mahu atucara percutian yang sudah dirancang bersama beberapa rakannya terjejas.

Saya tidak suka pergi bercuti dengan kawan-kawan bawa anak bersama. Ada sebab saya tidak bawa anak saya kerana saya tahu bagaimana ragam dia. Jadi jika bawa anak saya tidak suka nanti orang lain akan menunggu saya lama.

Sebab bila sudah ada anak, perlu siapkan anak dahulu. Semua perkara akan jadi lambat, dia nak berak lah, mandi dan sebagainya.

Sebab itu jika ada yang perasan, kalau saya pergi bercuti dengan keluarga hanya ada saya, suami, Ean dan bibik sahaja. Tak akan ada kawan-kawan.

Bila pergi bercuti, orang yang ada anak dan orang yang tiada anak ini lain kelam kabutnya. Akan jadi rushing.

Sally memaklumkan mengenai perkara itu menerusi beberapa siti hantaran di Instagram Story miliknya.

Dalam masa sama, Sally juga berkata anaknya tidak boleh melakukan aktiviti lasak memandangkan dia dilahirkan dalam keadaan pra matang atau ‘pre-matured’.

Saya pernah kongsikan sebelum ini, Ean adalah seorang anak yang ‘fragile’. Dia lahir pra matang. Jadinya dia tidak boleh terlalu aktif atau panas sangat.

Nanti dia akan cepat sakit. Kalau bawa ke London nanti dia tidak dapat suaikan diri. Kami akan tiap-tiap hari keluar berjalan dengan cuaca yang sejuk.

Andai kata suatu hari nanti datang ke London dan bawa Ean, mungkin aktiviti kami tidak akan sesibuk seperti datang dengan kawan.