Salute!!! Selepas Pulau Pinang, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi bermurah hati menyumbang laptop untuk sekolah di Kedah pula

Salute!!! Selepas Pulau Pinang, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi bermurah hati menyumbang laptop untuk sekolah di Kedah pula

Minggu lepas ada dua buah sekolah SJKC di Kedah yang contact saya untuk mohon komputer bagi pelajar mereka.

Sebenarnya saya sudah kehabisan stok, dan keutamaan diberikan kepada Bukit Mertajam dahulu. Tapi orang dah memohon, saya tak sanggup menolak, jadi saya cuba cari jalan.

Saya pun call Dato’ Lee Chong Wei 李宗伟 untuk tanya sama ada masih ada tablet atau laptop lagi untuk disumbangkan. Kalau ada, saya minta sekolah direct deal dengan Chong Wei.

Chong Wei memang murah hati, dia terus kata nak hantar 10 buah laptop kat saya, biar saya yang uruskan dengan sekolah itu.

Jadi hari ini kebetulan saya OTW ke utara, saya serahkan laptop sumbangan Dato’ Lee Chong Wei kepada rakan seperjuangan saya, Sdr Tan Kok Yew, ADUN Derga di Kedah untuk diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah yang berkenaan.

Tq hero kita LCW dan Sdr Tan Kok Yew.

Saya selesai kerja jadi delivery boy hari ini. ❤️😂

Steven Sim