Sama umur, Syada Amzah belum bersedia panggil Ubai ‘abang’

Sama umur, Syada Amzah belum bersedia panggil Ubai ‘abang’

Pertunangan penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan kekasihnya, Ubai sememangnya mengejutkan ramai susulan tindakan pelantun lagu Memori Tercipta itu berkongsi kapsyen seperti telah mengakhiri hubungan baru-baru ini.

Fasa baru dalam hubungan

Ternyata, posting tersebut merupakan permulaan kepada fasa baru buatnya bersama Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Menurut Shila, dia dan tunangnya memang merencanakan majlis  secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat sahaja.

Dia juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk kedepannya serta sangat berterima kasih kepada semua yang telah ada bersama-sama dengan mereka.

 

Adik tak nak panggil ‘abang’ lagi

Dalam pada itu, adik kepada pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah iaitu Syada Amzah turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada kakak tersayang atas pertunangan tersebut.

Dia juga sempat berseloroh mengatakan dirinya belum bersedia untuk memanggil Ubai sebagai ‘abang’ memandangkan mereka hampir sebaya.

Belum boleh ‘welcome to the family”, kita ucap tahniah dululah untuk pasangan ni. Tak nak panggil abang,” tulis Syada.

“Dia kan tua 4 hari dari awak”

Walau bagaimanapun, Shila yang memuat naik semula perkongsian adiknya turut bergurau dengan mengatakan yang tunangnya lebih tua empat hari daripada penyanyi tersebut dan berharap dia boleh memanggil Ubai dengan panggilan ‘abang’.

“Panggil la abang, tolong la. Kan tunang saya tua 4 hari dari awak,” ujar Shila.

Untuk rekod, pasangan tersebut telah mengaku bercinta sekitar awal tahun ini apabila masing-masing kerap berkongsi memon mesra di media sosial.

Shila yang sah bercerai dengan bekas suaminya, Haris Idraki Elias pada awal tahun lalu selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga telah dikurniakan seorang cahaya mata,  Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun.