Samakan poligami Syamsul Yusof dengan Nabi, PU Syed mohon JAKIM ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

Samakan poligami Syamsul Yusof dengan Nabi, PU Syed mohon JAKIM ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

 

Bukan sahaja para suami menjadi mangsa bebelan isteri di atas tindakan Syamsul Yusof bernikah kali kedua tanpa pengetahuan isteri pertama, tetapi kecoh hari ini apabila peguam kontroversi Asiah Abd Jalil telah menyamakan pengarah itu dengan Rasulullah S.A.W sehingga mendapat tumpuan PU Syed.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Asiah dilihat mengaitkan perbuatan Syamsul Yusof dengan perbuatan ataupun sunnah nabi.

Semua sunnah Nabi dia tapau

Katanya, Syamsul benar-benar mengikut sunnah Nabi seperti berikut,

1) Poligami – Nabi buat.
2) Berkahwin lagi tanpa meminta kebenaran isteri sedia ada – Yang ni pun Nabi buat. Nabi tak pernah minta kebenaran isteri-isteri sedia ada sebelum menambah isteri baru.
3) Mewar-warkan perkahwinan – Nabi buat kenduri selepas berkahwin.
4) Tidak mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya – Yang ni pun sama dengan Nabi, Nabi juga tak mampu berlaku adil (rujuk awal surah At-Tahrim, Al-Qur’an ada cerita).

Kesimpulannya, toksah kecam Shamsul Yusof. Semua sunnah Nabi dia tapau.

Kurang ajar sungguh Asiah

Walaubagaimanapun, perkongsian Asiah ini tidak disambut baik oleh pendakwah bebas, PU Syed. PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menganggap kenyataan Asiah ini menghina Nabi.

“Kurang ajar sungguh Asiah Abd Jalil Boleh kamu hina Nabi Muhammad Sallahu’Alaihi Wasallam!! Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Jabatan Agama Islam Pahang PDRM ambil tindakan!!

Dia telah lama sesat dan menyesatkan manusia dgn fahaman songsang ttg agama Islam dan ajarannya..dia telah merosakkan keharmonian agama Islam! Sampai bila manusia seperti ini nak diberi muka!?”- tulisnya di ruangan kapsyen.

@pu_syedofficial

Kurang ajar sungguh Asiah Abd Jalil dia telah hina Nabi Muhammad Sallahu’Alaihi Wasallam. Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Jabatan Agama Islam Pahang ambil tindakan!! Dia telah lama sesat dan menyesatkan manusia dgn fahaman songsang ttg agama Islam dan ajarannya.. Sampai bila manusia seperti ini nak diberi muka!?

♬ 1453 Fetih – Can atilla

‘Lebai oh lebai. Selaklah Al-Qur’an tu. Baca surah At-Tahrim’- Asiah

Kecaman dari PU Syed ini telah dibalas oleh Asiah dengan menasihati pendakwah ini untuk membaca surah At-Tahrim dalam Al-Quran. Asiah bertanya kepada PU Syed, adakah dia sudah memahami Surah At-Tahrim sebelum menuduhnya menghina Nabi.