Saman pemfitnah, Annuar Musa umum bakal ikut jejak PMX

Saman pemfitnah, Annuar Musa umum bakal ikut jejak PMX

Nama bekas Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa menjadi sebutan di kalangan masyarakat negara ini selepas meletupnya skandal penjualan saham kepentingan Menara KL oleh Telekom Malaysia.

Dengan niat membersihkan namanya, Annuar membuat keputusan akan mengambil tindakan undang-undamg terhadap mana-mana pihak yang telah mengaitkan namanya dalam skandal tersebut.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di FB miliknya sebentar tadi.

Sejak tercetus polimik berhubung MENARA KL yang kononnya dijual senyap-senyap oleh TM, telah tersiar pelbagai kenyataan yang mengelirukan.

Lebih buruk lagi terdapat beberapa posting yang tanpa segan silu membuat fitnah yang menjejaskan imej & reputasi serta memberi kesan mendalam kepada beberapa pihak termasuk diri saya sendiri.

Setelah merujuk perkara tersebut serta meneliti secara mendalam bersama peguam, saya tiada pilihan melainkan mengarahkan peguam mengambil tindakan menurut jalur undang-undang terhadap tiga individu iaitu Adrian Lim Chee En, K Pragalath Kumar dan Mohd Razlan Rafii.

Ada juga yang membuat posting tanpa mengemukakan identiti sebenar mereka dan pihak saya akan cuba untuk mengenalpasti mereka.

Saya serahkan kepada pasukan peguam untuk memulakan tindakan yang sesuai dan bertepatan dengan undang-undang sedia ada.

Setiap perkara berbangkit, terutama yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara perlulah disiasat dengan teliti oleh pihak berwajib. Semua pihak perlu memberikan kerjasama serta tidak mengganggu penyiasatan dengan menyebarkan fitnah dan berita palsu.