Sambal Nyet cecah jualan RM21.5 juta, Khairul Aming kongsi cara operasi dan pengurusan

Sambal Nyet cecah jualan RM21.5 juta, Khairul Aming kongsi cara operasi dan pengurusan

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairulaming sekali lagi mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam perniagaan makanan yang diusahakannya iaitu Sambal Nyet Berapi.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Aming memaklumkan jumlah jualan Sambal Nyet telah mencecah RM21.5 juta.

“Hari ini genap dua tahun menjual Sambal Nyet Berapi dan in please to share with you guys yang total jualan kita telah mencecah RM21.5 juta. Which is bersamaan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal.

“Pada tahun pertama jualan kita adalah sebanyak RM7.5 juta (2021) dan tahun kedua meningkat kedua meningkat kepada RM14 juta.Jadi jumlah keduanya adalah RM21.5 juta,” jelasnya dalam satu rakaman video.

Dalam pada itu, Khairulaming juga turut berkongsi Sambal Nyet baru sahaja menerima dua anugerah daripada syarikat platform e-dagang terkemuka iaitu Shopee

“Kita juga ada menerima dua special awards daripada Shopee, yang pertama adalah Best New Seller dan yang kedua adalah Best Custemer Service,” ujarnya.

Terkenal sebagai seorang yang gemar berkongsi ilmu, Khairulaming juga tidak kokek untuk menunjukkan cara menjaga service Sambal Nyet kepada umum.

Untuk penjelasan penuh, anda boleh tonton video Khairulaming di bawah:

Terdahulu, Sambal Nyet pernah menerima jualan sebanyak 25,000 botol dalam tempoh sehari dan hasil penjualan itu berjaya meraih RM375,779.58.

Selain itu, Khairulaming juga merupakan antara pempengaruh yang popular kerana banyak memberikan inspirasi kepada golongan muda masa kini.