Sambal udang petai memang sedap tapi baunya tu yang tak tahan, jangan risau wanita ini kongsi 6 cara untuk hilangkan bau petai pada mulut

Sambal udang petai memang sedap tapi baunya tu yang tak tahan, jangan risau wanita ini kongsi 6 cara untuk hilangkan bau petai pada mulut

 

Petai adalah sejenis ulaman hutan yang kaya dengan kandungan nutrisi baik untuk pemakannya.

Selain dijadikan ulam, petai juga biasanya dimasukkan ke dalam masakan seperti sambal udang atau bilis.

Namun petai mempunyai bau yang kurang menyenangkan kerana kandungan asid amino dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur.

Kandungan asid amino tersebut menjadikan biji petai menghasilkan bau yang menyengat dan tidak enak.

Namun jangan risau, terdapat enam kaedah dikongsikan Syazlin Mansor bagi menghilangkan bau petai:

1. Makan 10 biji beras mentah selepas makan makanan berbau.

2. Kunyah terung mentah dengan anggaran sebesar ibu jari.

3. Kunyah timun.

4. Kunyah gula-gula getah.

5. Berus gigi selepas menggunakan dental floss dan kumur menggunakan ubat kumur.

6. Makan pil pelawas untuk mudah membuang air besar bagi mempercepatkan proses penghadaman.

Sementara itu bagi anda yang ingin menghilangkan bau petai dalam proses perkumuhan (buang air besar dan kecil pula) boleh mencuba cara lain selain petua diajarkan di atas.

Sebelum dan selepas makan petai, minum tiga hingga empat teguk susu segar (susu lembu, unta atau kambing)

Selain itu, meminum air kopi o (kosong) juga boleh mengurangkan bau petai pada najis dan air kencing.